.

Thursday, August 12, 2010

INFO: Lelaki Ucap "maaf" membuat jantung perempuan sihat

Selalu ingat dalam hidup ini, anda jangan pernah melupakan 2 kata ajaib yaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda ini simple tapi tahukah anda bahwa hanya dengan mengucap maaf pada perempuan dengan tulus anda sudah membantu memperpanjang usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sulit dilakukan banyak orang terutama lelaki. Tapi ilmuwan Massachusetts University membuktikan, permintaan maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.


Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain bisa menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memicu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya, yang akan kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak nyaman. Hal ini menunjukkan seseorang laki-laki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

 
Penelitian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Peneliti mengukur tekanan di astolik dari 29 laki-laki dan 59 perempuan.


Kedua kelompok secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematik dalam waktu lima minit. Selama mengerjakan ujian, partisipan di ganggu sebanyak tiga kali oleh peneliti sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.


Pada akhir ujian, para partisipan mengatakan, “Kau jelas tidak cukup baik“. Namun, dua minit kemudian peneliti meminta maaf atas kekerasan yang terjadi pada setengah dari partisipan laki-laki dan perempuan.


Partisipan perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang, sementara kaum laki-lakinya justeru menjadi lebih gelisah.


“Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada manfaat potensial bagi kesehatan seseorang perempuan atas permintaan maaf,” ujar salah seorang peneliti, seperti dikutip dari Telegraph, Rabu (21/4/2010).


Tekanan darah yang diukur dalam penelitian ini adalah tekanan darah di astolik, yaitu tekanan dalam darah antara detak jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirahat setelah kontraksi. Jika terlalu tinggi dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.


Maka, sayangilah pasangan anda, jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Special 2 Magic words yang membuat hidup anda tenang. Simple tapi bermanfaat banyak. Selamat mencuba


 

Wednesday, August 4, 2010

Buat Lelaki / Suami - 76 Tips Memenangi Hati Wanita / Isteri :)

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya `Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan `Aku cinta padamu'.

27. Katakan `Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama- sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak- anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat- tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti `Awak nampaknya gembira hari ini' atau `Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan

yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan `Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.


So, lelaki2 di luar sana, renung-renungkan dan selamat beramal...huhu :-)
 
 


Sunday, August 1, 2010

Background Dalam Sesebuah Entri

Background sesebuah post biasanya akan mengikut default yang telah ditetapkan dalam setting blogger. Tetapi ada satu trick yang boleh digunakan untuk menjadikan background yang berbeza untuk entri yang dikehendaki sahaja.

Contohnya entri ini yang menggunakan background bercorak bunga-bungaan, tidak seperti entri lain yang berlatar belakangkan warna putih sahaja.



Tutorial untuk membuat background untuk post adalah begitu senang.

Apa yang bagusnya adalah, anda boleh pilih gambar apa sahaja yang anda mahu untuk background, dan anda boleh pilih untuk hendak letakkan dalam post yang mana satu untuk blog anda.

Apabila anda login pada blog anda, letakkan kod ini dalam new post anda. (pastikan semasa kod ini di paste, new post anda dalam keadaan 'edit html' bukan 'compose'- ini untuk mengelakkan code warna dicopy sekali.:)

Link gambar disini) no-repeat;">
Taip segala entri untuk blog anda disini.


- Letakkan link gambar pada tulisan biru (kalau anda upload dalam blog kemudian copy url gambar lagi bagus.:)
- jika anda menggunakan gambar bersaiz kecil, sila buang no-repeat.
-Taip apa sahaja entri anda seperti biasa dalam kawasan
merah. Atau kalau hendak lebih mudah, buat apa sahaja entri, tetapi ending mesti ada


Itu sahaja.

Apabila anda post anda akan lihat kesannya.

p/s:
-pastikan anda pilih backgdround yang bersesuainya agar pengunjung blog anda tidak pening membaca.

 

Tuesday, July 27, 2010

C.I.N.T.A!!!!!!!!!

CINTA, KASIH, SAYANG, HATI SEBELUM KAHWIN


CINTA:

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama


KASIH :

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.


SAYANG :

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


HATI:

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira. hehehe... =)"

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

 

Wednesday, June 23, 2010


 

Pengalaman yang patut aku lupakan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati

.:: THE END ::.

Tuesday, April 27, 2010

hepi bezday pn hajar.....(^_^)

Now, we move 2 next stories..24hb April yang lalu, merupakan birthday adik aku n lecturer @ KP aku..yang pasal adik aku  tu, aku wat bodoh je pasal birtday die..ha3. gile jahat  nyer kakak. tp, birthday lecturer aku yang aku excited nak celebrate. ye la, nak amik hati die kan. mana tau kalo dapat markah bonus. kihkihkih. motif yang sungguh jahat...bukan tu sebab utama nye. kitorang saje je nak celebrate. BONDA kitaorang la katakan. biar die terharu sikit, student die ingat tarikh keramat die. so, aku pun text sorang member aku nie, tanye nak celebrate x? die kate on je. pastu, die suruh aku tanye budak2 laki kat klas tu n die tanye budak2 perempuan..aku pun, okey je la..conclusion nye, sume orang pun setuju nak celebrate n kutip 5 hinggit sorang tuk beli kek n makanan. pastu, aku lak yang kene kol pn tu tnye esok ade office ke x.pastu, xpasal-pasal aku terpaksa menipu lecturer kesayangan aku tu. aku cakap kat die, nak jumpe sebab nak tanye soalan past year. die pun, jawab okey la. tapi akan comfirmkan esok pagi yang die akan ade kat office kul bape. 

keesokan pagi nye pun, aku da wat alarm kul 8 pagi tuk kol pn tu, nak tanye kiteorang nye appointment kul bape. dengan xmandi n gosok, aku cakap ngan pn..kalo pn dekat, mesti die cakap busuk gile mulut budak nie ngah kesan air liur basi pun ade lagi...chit!!! pengotor betul la ziera nie...so, confirm la appointment kiteorang tu pukul 10.30 pagi. pastu, aku pun wat ape-ape yang patut n bersiap tuk g appointment...ceh..
mula-mula kitaorang rancang nak wat kat taman tanjung tu. tapi, bile fikir-fikir balik, cam xde idea yang best n gempak lak suruh pn datang kat situ. selama sejam kami memerah idea yang xmau-mau kuar, kami pun decide kiteorang nak rempuh je bilik pn. ape  nak jadi, jadi la hari tu..ha3

so, kiteorang pun, g la serbu bilik pn. n nie video di tempat kejadian.             .SURPRISE!!!!!!

 
 nie kek birthday nye. simple je, yang penting ikhlas..

 
nie la birthday gurl tersebut @ mangsa....
selamat ulang tahun yang ke 46 tahun ye pn siti hajar. semoga pn panjang umur n dimurahkan rezeki. pn jangan letak jawatan dulu tau. tunggu sampai kiteorang graduate dulu ea. Luv u soo much pn.

nie la crew-crew yang terlibat  menjayakan program wakenabeb nie..
        
 
kesian kat kami yang terpaksa duk makan kat bawah je. nak wat surprise katekn.

 
nie gambar kat taman tanjung sebelum bertukar plan.

pn xhabis-habis cakap, "nape la wat susah-susah je. saya da tua da. xpayah nak celebrate2 nie.awak sume tu belum keje lagi. nape membazir nie." macam tu la perangai lecturer kesayangan kami tu. anggap kami macam anak-anak die sendiri. sebab tu kami xkisah pun menghabiskan duit n masa tuk celebrate birthday pn. so, pn patut berasa bangga tau, ade anak murid macam kami nie.he3

di sini, saya ingin berterima kasih kepada semua yang memberi kerjasama untuk menjayakan majlis yang xseberapa ini. so, tahun depan kite buat yg lagi havoc punye ye kawan-kawan. yeah!!!!

.:: THE END ::.

Ya Allah...Kau kuatkn la smngt hambaMu ini....

kejadian ini berlaku pada 24hb yg lalu...pada kebiasaan nye, aku n housemate aku msk time2 cuti untuk mengurangkn budget mknn harian kami...so, pada 23hb 2, aku pun tnye kat mmbr2 aku...

aku : santan paket yg kite beli ari 2, ade lg kn...
mereka : ade je...ziera nk msk ape???
aku : nk xkalo wat msk lemak..
mereka : okey je

so, aku pun g la beli ayam, cili api n bahan2 yg sewaktu ngan nye tuk dimesrakn ngan ayam 2...pg 24hb 2 aku memulakan projek ayam  masak lemak cili apiku...t'hari 2 pun, siap la resepi t'sebut...ala, bkn ssh pun nk wat msk lemak nie...cmpk je sume bhn 2 dlm periuk...(mak aku la yg ckp) t'hari 2, anum ngan dayah mkn dlu lauk yg aku msk 2...aku xmkn sbb da knyng mkn bihun celebrate b'day lcturer @ KP kami....noor lak, xmkn sbb kate nye da knyng sbb bkn roti t'hari 2....okey la kalo die da ckp cm 2....xkn nk pkse2 org mkn lak kn...ptng 2 pun, aku tido sbb pnt sgt g celebrate b'day lctrer kami. dlm kul 6 cm tu aku pun bgn n tgk-tgk noor ngah mkn ns lemak beli kat kedai bawah nie..nak je aku cakap kat die "nape je xnk makan lauk yang kite masak???xsedap ke???" tapi, itu semua hanya berkata-kata dalam hati aku sahaja...aku pun, keluar la dari bilik tu ngan perasaan sakit hati nye. tidak lama kemudian, aku tengok dayah pun masuk umah. aku xtau die dari mane. tp, yang pasti nyer aku nampak die bawak balik bungkusan polisterin. nie mesti kueh ke ape nie okot. aku xnak buruk sangka pada die.

dalam jam 9 malam, 
aku = xnak makan ke??
dayah = xpe la, kite da makan da.
aku = ye ke?? (dengan perasaan bengang)
anum = ziera da makan??
aku = kite da makan bihun td da..
anum = jap g la anum makan ea.

aku sakit hati giler, bengang, tension n segala-galanya...kalo xmakan or xnak makan lauk 2, cakap la kat aku. xde la aku susah-susah nak masak lauk tu. nie, aku da masak, xnak makan lak. aku pun xtau la salah aku ke yang xpandai masak (tapi, sedap je...he3) atau diorang yang xreti/xsuke nak makan lauk tu...entah la...aku pun xtau...lepas dari kejadian yang menyakitkan hati tu, aku xtegor pun diorang..aku borak-borak ngan anum je...

pastu, siang td aku xg makan pun. noor ngan dayah kuar tadi xde cakap ape-ape pun ngan aku. selalu nye, d'orang akan tanye aku nak ikut ke, nak kirim ke..nie, xcakap ape-ape pun. aku pun, terasa la gak d'orang wat cam tu... maybe salah aku kot. entah la. 

YA ALLAH, akukah yang bersalah dalam hal ini, kalo aku yang bersalah,Kau bukakan la hati hambaMu nie tuk meminta maaf pada mereka n membetulkan situasi yang xbetul nie..kalo mereka yang bersalah, Kau bukakan la hati mereka supaya meminta maaf padaku. Kau bantula hambamu yang hina ini...Ameenn...Kau tabahkan la hati hambaMu ini untuk menempuh segala cabaran n dugaan dariMu Ya Allah...

.:: THE END ::.

Monday, April 26, 2010

.::aku adalah aku::

Tanggal 18 Mei 1988, seorang wanita bernama Soha Binti Abu telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sungguh comel, cute n segala2 nye di sisi suaminya Raduan bin Dumin...(gile perasan)... so, pada detik itu bermula lah perjalanan hidup seorang bayi perempuan dan membesar menjadi kanak-kanak, remaja dan hingga lah menjadi dewasa kini..

Inilah die Pn Soha n En Raduan

Beliau merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik...beliau mempunyai seorang abang, seorang kakak n seorang adik perempuan..abang beliau bernama dan kini berumur 27 tahun n still bujang...so, ade sape2 yg nk jd kakak ipar beliau???sila isi borang ye...abg beliau ni low profile org nye...xbrape suka nk tngkp gmbr..so, xde la gmbr die..nnt kalo ade, akan upload okey. kakak beliau yg seorang nie pula dinamakan Mohd Shahriwal bin RaduanNorasikin binti Raduan dan berumur 24 tahun..ha, yg nie telah dipunyai oleh pilihan hatinya Selamat bin Rahmat n mempunyai seorang anak lelaki yg sungguh comel yg baru sahaja berusia hampir 5 bulan bernama Muhammad Syazwan Baktiar...adik kesayangan beliau pula ialah Nur Hameezah binti Raduan, berumur genap 18 tahun pada 24 April yg lalu...


Inilah kakak beliau , Pn Norasikin



Inilah pula Pn Norasikin bersama suami yang tercinta En Selamat


Inilah anak mereka yang bernama Muhammad Syazwan Bakhtiar merangkap anak buah beliau


Ini adiknya, Nur Hameezah



Beliau yang dimaksudkan ialah Nurhazirah binti Raduan yang bermaksud cahaya pilihan yang tepat...ye ker???entah la...cuma mereka n keluarga mereka je yg tau..ha3



.:: THE END::.



testing...testing....1..2...3....

test...test...

ini merupakan post yg pertama aku sejak aku cuba menjinak-jinak diri ini dengan blog...