.

Tuesday, July 27, 2010

C.I.N.T.A!!!!!!!!!

CINTA, KASIH, SAYANG, HATI SEBELUM KAHWIN


CINTA:

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama


KASIH :

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.


SAYANG :

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini... mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


HATI:

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira. hehehe... =)"

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

 

No comments:

Post a Comment